Science Show


Science Show
1. Warna & Perkataan (Stroop Test)
2. Fire Tornado


Saya masih belum berkesempatan untuk berkongsi tentang science show. Namun di sini saya sediakan link blog sahabat saya yang berkongsi tentang perkara yang hampir sama seperti blog saya.

Sila ke blog abdmalayan, klik sini.

Musical Science Show


Kami telah membawa Science Show ke satu tahap baru. Kami menambahkan elemen baru dalam Science Show iaitu elemen Muzik dan Video maka terhasillah sesuatu yang kami panggil " MUSICAL SCIENCE SHOW".

Musical Science Show secara amnya adalah demonstrasi sains yang diadunkan dengan elemen muzik dan menggunakan elemen lirik lagu sebagai medium penerangan eksperimen. Melalui kesemua elemen penyampaian yang diadun dan digabungka, maka jadilah satu fenomena dalam Science Show.

Musical Science Show mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan pujian yang membina dari tokoh-tokoh pemimpin dan peneraju sains dan inovasi antaranya Timbalan Menteri di Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi, Dato' Haji Fadzilah Yusof sendiri telah menyaksikan Musical Science Show di Sibu, Sarawak dan menyatakan "Musical Science Show merupakan satu perkara yang baru di Malaysia dan ini adalah yang pertama seumpanya. Melalui Musical Science Show , pelajar lebih tertarik kerana adanya muzik dan adunan pelbagai cara penyampaian yang tidak membosankan" ketika pelaksanaan Musical Science Show di Sibu, Sarawak pada 2011


Mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari audien setelah beberapa kali dilaksanakan, kami merancang untuk membawa Musical Science Show ke seluruh negara. Musical Science Show bersesuaian untuk semua peringkat umur dan boleh dilaksanakan mengikut apa jua bilangan audien. Kepada mereka yang berminat, boleh menghubungi saya di sini.

Video Promo Musical Science Show