Tuesday, September 28, 2010

Penemuan Planet Baru Menyerupai Bumi

Gambar Bumi Sebenar


Satu planet menyerupai BUMI ditemui buat pertama kalinya. Planet ini mempunyai bekalan air dan menyokong kehidupan.

Fakta tentang Planet-menyerupai Bumi

Ilustrasi Pelukis
  1. Planet baru ini dinamakan Gliese 581 C sempena nama bintangnya Gliese 581.
  2. Gliese 581 C terletak pada kedudukan "Goldilocks" iaitu kedudukan yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintangnya (seperti Matahari bagi Bumi) bagi mengelakkan air di muka planet dari membeku atau meruap.
  3. Jarak Gliese 581 C dari bumi adalah 20.5 tahun cahaya bersamaan 193,944,974,687,906.44 kilometer.

    1 tahun cahaya= 946,052,840,000 kilometer

    .
  4. Gliese 581 C 2 kali ganda lebih besar berbanding bumi
  5. Gliese 581 C 5 kali ganda lebih berat berbanding bumi.
  6. Merupakan planet terkecil di luar sistem suria bumi.
  7. Jarak di antara Gliese 581 C dengan bintangnya 15 kali ganda lebih dekat berbanding jarak Bumi ke bulan.
  8. Setahun di Gliese 581 C bersamaan 13 hari di Bumi.
  9. Keadaan siangnya 15 kali ganda gelap dan suhunya lebih sejuk berbanding di bumi.
  10. Suhu di muka plane ialah di antara 0-40 Celcius.

Saintis masih belum mengesahkan samada wujudnya kehidupan biologi di Gliese 581 C . Maklumat awal melalui model komputer menjangkakan permukaan muka planet ini berbukit (berbatu batan) seperti bumi ataupun dilitupi air sepenuhnya. Walaupun belum ada sebarang pengesahan mengenai penemuan kehidupan di planet ini, penemuan ini telah membuka lembaran kepada kajian mengenai BUMI BARU.


1 comment:

  1. sekiranya ada kehidupan biologi di gliese 581 c,dan masyarakat bumi ingin berpindah ke sana,berapa lama masa perjalanan mereka dari bumi ke gliese 581 dan berapa kelajuan roket yang perlu dicipta agar masa perjalanan dapat dipendekkan kepada 12 bulan untuk sampai ke sana.

    ReplyDelete